Perluasan dan pengiktirafan Kolej_Perubatan_King_Edward_VII

Pada 1910, Dr Robert Donald Keith telah diangkat menjadi Pengetua kedua bagi Kolej. Untuk 2 tahun pertama dari 5 tahun pengajian perubatan di Kolej, pelajar diwajibkan untuk menelaah pengajian ilmu sains tulen merangkumi subjek asas biologi, kimia dan fizik, kemudian diikuti pengajian asa anatomi dan fisiologi perubatan. Untuk 3 tahun kedua, diwajibkan mempelajari ilmu pengkeranian klinikal dalam bidang perubatan, pembedahan dan perbidanan am. Judul kursus merangkumi kursus patologi perubatan, kebersihan dan etika perundangan perubatan. Materia Medica telah dimasukkan bersama dalam 4 tahun pengajian dima pendidikan farmasi turut diajar.[10]

Penuntut juga dihantar menjalani latihan klinikal di beberapa hospital, namun kebanyakannya di Hospital Besar Singapura diperingkat awal. Bermula tahun 1908 keatas, latihan praktikal klinal dibuat di Hospital Tan Tock Seng (bagi latihan perubatan dan pembedahan) dan Hospital Kanak-kanak dan Wanita Kandang Kerbau (untuk perbidanan).[11]

Lembaga Kolej mahu memastikan pengiktirafan sesuai diberikan buat Diploma yang ditawarkan di Kolej, setaraf dengan Diploma keluaran Lembaga Umum Pendidikan Perubatan di United Kingdom. Ini penting supaya, Diploma yang ditawarkan oleh Kolej adalah menepati pasaran global setaraf dengan kelayakan Diploma Pelesenan Perubatan dan Pembedahan (LMSD). Pada 1916, Lembaga Umum Pendidikan Perubatan, United Kingdom telah mengiktiraf Diploma Perubatan dan Pembedahan keluaran Kolej. Pelesenan telah diberikan Dibawah Senarai Lembaga Kolonial Umum untuk Pendaftar Perubatan British dan sah diperakukan untuk dipraktiskan di seluruh Empayar British.[12]

Pada 1912, sekolah ini menerima pembiayaan kewangan awal sejumlah $120,000 dari Yayasan Peringatan Raja Edward VII yang dimulakan oleh Dr Lim Boon Keng. Sejak itu, sekolah ini telah ditukar nama menjadi Kolej Perubatan King Edward VII pada 18 November 1913.[13]

Pada tahun 1921, sekolah perubatan ini telah mendapat pengiktirafan penuh bagi status kolej. Antara tahun, 1920 hingga 1930, suatu pelan transformasi telah berlaku dalam kaedah pengurusan kolej, dimana pihak pentadbir menukar staf-staf pendidik lama kepada generasi muda profesional dan 9 kerusi baharu diterbitkan. Pertama dalam bidang Anatomi pada 1920, diikuti Perubatan, Pembedahan, Perbidanan dan Ginakologi pada tahun 1922 dan Pembedahan klinikal, Bakteriologi, Biologi, Bio-kima dan Pembedahan pergigian pada 1926. Kerusi Patologi diterbitkan pada tahun 1935.[14]

Tahun 1923, mengingatkan Kolej berpindah ke bangunan baru di Outram Road. Bangunan tersebut siap sepenuhnya pada November 1925 dan pembukaan dirasmikan oleh Sir Laurence Guillemard pada Februari 1926. Ketika majlis perasmian, Kolej telah menganugerahkan Ijazah Diploma Kehormat kepada Sir David James Galloway, Dr Malcolm Watson dan Dr Lim Boon Keng.[15]

Pada 1929, Dr George V. Allen dilantik menjadi Pengetua baharu Kolej menggantikan Dr MacAlister.

Bermula tahun 1949, empat tahun selepas Perang Dunia Kedua tamat, Kolej Perubatan King Edward VII telah bergabung dengan Kolej Raffles (Singapura) dibawah satu pentadbiran bagi membentuk Universiti Malaya. Melalui penggabungan ini, Kolej Perubatan King Edward VII dinaik taraf sebagai Fakulti Perubatan, Universiti Malaya.[16]